Pages




Friday, May 7, 2010

MENGAMBIL HATI ORANG YANG LEMAH IMAN

91. Saad bin Abi Waqash r.a. berkata: Rasulullah saw. memberi kepada beberapa orang, saat itu Saad sedang duduk melihat, maka Saad berkata: Ya Rasulullah, mengapakah Tuan tinggalkan si Fulan padahal aku tahu dia seorang mukmin. Nabi saw. bersabda: Ataukah muslim. Maka diamlah Saad sementara, kemudian mengulang pertanyaannya: Ya Rasulullah mengapakah Tuan tinggalkan Fulan, demi Allah aku tahu dia seorang mukmin. Nabi saw. bertanya: Ataukah muslim? Maka diamlah Saad sementara, lalu mengulang kembali pertanyaannya, dan Nabi juga mengulangi sabdanya. Kemudian Nabi saw. bersabda: Ya Saad, ada kalanya aku memberi kepada seseorang, padahal orang yang lain itu lebih aku sayang, karena khawatir kalau ia terjerumus ke dalam api neraka. (Bukhari, Muslim).

Yakni khawatir jika yang lemah iman itu tidak diberi lalu ia mencela Nabi saw. sehingga menyebabkan ia masuk ke dalam neraka.

KETENANGAN HATI KARENA MELIHAT BUKTI NYATA

92. Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda: Kami lebih layak untuk ragu daripada Nabi Ibrahim a.s., ketika Ia berkata: Ya Tuhan perlihatkan kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang yang telah mati. Tuhan bertanya: Apakah engkau tidak percaya? Jawab Ibrahim a.s.: Benar aku telah percaya, tetapi supaya lebih tenteram hatiku. Dan semoga Allah merahmati Nabi Luth a.s. ketika akan berlindung kepada pelindung yang kuat. Dan andaikan aku tinggal dalam penjara, selama Nabi Yusuf dipenjara, niscaya segera aku sambut panggilan raja. (Bukhari, Muslim).

Diriwayatkan: Rasul menanggapi begitu beruntungnya Nabi Ibrahim yg mendapat kesempatan untuk meyakinkan dirinya bahwa Allah memang ada, dengan diperlihatkan kepadanya burung mati yang bisa hidup lagi.

Konkrit




konkrit merupakan sejenis bahan komposit yang sering digunakan dalam pembinaan. Ia merupakan gabungan simen dan aggregat seperti pasir, batu baur halus dan kasar. Bahan-bahan ini ditambah mengikut kadar pencampuran tertentu seperti yang telah ditetapkan.

Ia merupakan salah satu daripada bahan binaan yang paling penting untuk dan paling banyak digunakan di dalam sesuatu projek pembinaan. Oleh sebab itu, teknik yang digunakan bagi menghasilkan konkrit yang baik perlulah difahami dan diberi perhatian dengan teliti. Kualiti konkrit yang dihasilkan bergantung kepada kualiti bahan-bahan mentah yang digunakan seperti simen, batu baur dan air, kadar pencampurannya, cara pembancuhannya,cara pengangkutannya dan cara-cara pemadatannya. Jika bahan mentah yang digunakan tidak berkualiti, maka konkrit yang dihasilkan akan mempunyai mutu yang rendah dan akan mengakibatkan konkrit tersebut tidak kuat dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Oleh itu, teknologi konkrit telah menentukan bahawa semua bahan yang akan digunakan perlulah diuji terlebih dahulu dan kemudian mendapat kelulusan piawaian yang telah ditetapkan sebelum ia dapat digunakan untuk kerja-kerja pembinaan.

Dalam bentuk biasa konkrit terdiri daripada simen Portland, aggregate pembinaan (biasanya batu kelikir dan pasir) dan air.

Konkrit tidak mengeras kerana kering setelah dicampur dan dituang; air bertindak balas dengan simen dalam proses kimia yang dikenali sebagai pengeringan mineral. Air ini diserap oleh simen, yang mengeras, mengikat komponen lain serentak dan akhirnya membentuk bahan seperti batu.

Konkrit lebih banyak digunakan berbanding bahan buatan manusia di bumi ini[1]. Ia digunakan sebagai laluan pejalan kaki, membina struktur, asas, jalan, jalan lintasan, struktur meletak kereta, dinding batu-bata, dan dasar bagi pintu pagar, pagar, dan tiang.

Sehingga 2005 sekitar enam juta meter padu konkrit dihasilkan setiap tahun, yang bersamaan satu meter persegi bagi setiap orang di dunia ini.. Konkrit merupakan industri bernilai US$35 laksa (billion) yang menggajikan dua juta pekerja di Amerika Syarikat sahaja. Sekitar 55,000 batu jalan di Amerika diperbuat daripada bahan ini, dan negara China menggunakan sekitar 40% dari penghasilan simen dunia.



http://ms.wikipedia.org/wiki/Konkrit

TUPANG & PENYANGGA

Tupang

TAKRIF TUPANG :

Tupang adalah binaan sementara dan digunakan semasa menyokong struktur yang kurang selamat sehingga ianya diteguhkan atau selamat untuk digunakan.

TUJUAN PEMBINAAN TUPANG :

Mencegah dinding-dinding (tembok) yang merbahaya daripada meretak atau menambah tanda-tanda yang menunjukkan keruntuhan.

Apabila terdapat kegagalan pada dinding atau tembok, nyatalah struktur telah menerima beban atau tujahan yang berlebihan dan tidak dapat menahannya lagi.

Oleh yang demikian, suatu penyokong diperlukan dan tupang hendaklah disediakan untuk mengukuhkan struktur tersebut.

JENIS-JENIS TUPANG :

Jenis-jenis tupang adalah seperti berikut :

· Tupang sadak (inclined support)

· Tupang ufuk (horizontal support)

· Tupang pugak atau tupang mati (vertical or dead support)

TUPANG SADAK :

Mengandungi kepingan kayu yang ditempatkan dalam keadaan condong dengan satu hujung bersandar pada permukaan dinding yang rosak dan hujung yang satu lagi di atas tanah.

Sudut yang mudah dan baik untuk kegunaan praktikal ialah 60° yang boleh diubah-ubah kepada 75°.

Ianya didirikan dalam rangka-rangka atau sistem dan bertujuan untuk menahan dinding runtuh keluar.

Ianya tidak digunakan untuk member sokongan tepat kepada mana-mana bahagian struktur.

Hujung sebelah bawah tupang ini disokong dengan pengalas condong yang tertanam teguh di dalam tanah untuk menyebarkan tekanan kepada tanah dengan selamatnya,

Sistem tupang ini boleh dirapatkan lagi dengan penebat-penebat yang dipaku pada sebelah tepinya.

Ini memberikan lagi keteguhan sisian kepada tupang-tupang dan mengikatnya sekali kepada satu rangka yang bersatu.

TUPANG UFUK :

Digunakan untuk menyokong dua tembok yang bertentangan apabila salah satu atau kedua-duanya menunjukkan tanda-tanda kerosakan.

Jarak maksimum yang boleh disokong oleh tupang ini adalah lebih kurang 10-12 meter. Bagi jarak yang lebih dari ini, tupang ufuk berganda digunakan.

Satu tupang mengandungi sebatang kayu yang dipasangkan antara dua tembok yang hendak disokong dengan hujungnya menyandar pada pendinding yang dipasang kepada dinding tersebut. Ini diteguhkan dengan tupang-tupang condong di atas dan di bawah kepada setiap hujung.

Cara pemasangan tupang ufuk adalah seperti berikut :

1. Kayu penahan (straining piece) mula-mula dipakukan di bahagian atas dan bawah tupang ufuk.

2. Tupang ufuk kemudiannya dipasangkan pada tempatnya (antara dua tembok).

3. Tupang-tupang (perembat) dikenakan satu hujungnya bersandar di atas pendinding dan satu hujung lagi bersetentang dengan kayu penahan tadi.

4. Jejarum dan tetupai akan menahan perembat daripada menggelongsor.

5. Baji digunakan kepada tupang-tupang untuk mendapatkan pemasangan yang kukuh kepada pendinding-pendinding.

6. Semasa pembinaan, garis tengah tupang ufuk sepatutnya bertemu dengan paras lantai bagi kedua-dua bangunan.

7. Sekiranya kekuatan lantai berbeza, kedudukan tupang juga akan turut berbeza.

8. Tupang hendaklah dibina pada paras lantai bangunan yang satu lagi , tupang dibina pada jarak pertengahannya.

TUPANG PUGAK ATAU TUPANG MATI

Sistem tupang pugak ini digunakan apabila sebahagian daripada dinding bangunan dibuka, dinding di bahagian atas hendaklah disokong sementara kerja-kerja pembinaan di bawahnya diteruskan.

Ia juga berfungsi untuk menyokong bangunan di sebelah atas semasa mendalamkan asas bangunan yang sedia ada atau menggantikan asas yang lama dengan asas yang baru yang boleh menerima beban yang lebih besar.

Dalam sistem ini, jejarum dimasukkan melalui dinding-dinding dan disokong oleh tupang-tupang pugak.

Tupang pugak ini hendaklah didirikan pugak di atas pengalas atau pelapik yang mempunyai asas yang padat.

Hendaklah diperhatikan bahawa tupang-tupang yang digunakan adalah cukup kuat untuk menanggung beban binaan dan dapat menyebarkannya sama rata ke tanah. Ini dilakukan dengan menggunakan pelapik yang cukup lebar bagi tanah-tanah yang agak lembut.

Tupang tegak merupakan sebatang tiang dan oleh kerana ia membawa beban yang sangat berat, tupang ini tertakluk kepada tegasan yang besar. Bagi tupang yang tertakluk kepada tegasan yang besar, kegagalan mungkin boleh berlaku. Oleh itu, nisbah yang betul mestilah dipelihara antara panjangnya dan ukuran kelilingnya.

Dalam semua kes, penyokong yang digunakan mestilah mempunyai keratan samada empat segi atau bulat. Keratan segi empat tepat tidak boleh digunakan kerana pembengkokan akan mudah berlaku pada ukuran yang terkecil sekali. Tupang jenis ini dibuka selepas selesai pembinaan yang baru. Seeloknya, tupang ini dibuka selepas 7 hari pembinaan baru itu siap.


PENYANGGA

TAKRIF PENYANGGA :

Penyangga pula adalah sokongan tetap yang akan tinggal ditempatnya apabila kerja-kerja telah siap dilakukan. Pada umumnya,perlu dilakukan kerja-kerja tupang dahulu sebelum kerja-kerja penyanggaan dilakukan.

SEBAB-SEBAB DIPERLUKAN PENYANGGA :

Diperlukan apabila penggenapan berlaku pada sesuatu struktur disebabkan oleh asas yang tidak mencukupi atau rosak. Perkara ini mungkin disebabkan oleh :

a. Akar-akar besar yang bedekatan yang telah merosakkan asas papak

b. Gegaran yang disebabkan jentera-jentera berat yang melalui jalan yang berdekatan dengan struktur.

c. Penyusutan tanah hasil dari kegiatan melombong atau hakisan tanah. Dalam hal ini, rumah-rumah yang berdekatan dengan lombong perlu membuat perlindungan dengan cara tupang bawah.

Jika dalaman untuk korekan yang baru adalah h m, asas yang berada di lingkungan h m atau h m, maka penyangga tidak diperlukan. Asas ini dikatakan dalam kawasan had takat selamat. Asas yang berada dalam lingkungan satah runtuh mengalami keadaan kritikal dan asas-asas tersebut hendaklah disangga.

Pembinaan asas yang dalam berdekatan dengan bangunan yang sedia ada memerlukan tupang dan penyangga. Tupang pugak disediakan pada bangunan yang sedia ada untuk menyokong bahagian bangunan di sebelah atas. Selepas cerucuk tebing dibenamkan sekelilingnya, tanah-tanah digali. Satu alat pengikat disediakan untuk menahan bahagian bawah dinding dan asas. Asas baru kemudian dihamparkan kepada dalam bangunan yang diperlukan dan seterusnya kerja-kerja membata untuk dinding baru didirikan.

UJIAN ANGKADAR KEPADATAN

Tajuk : UJIAN ANGKADAR KEPADATAN

Objektif : Ujian ini adalah untuk menentukan keboleholahan bancuhan konkrit

Teori

BS 1881 menyatakan bahawa ujian angkadar kepadatan sebagai salah satu ujian bagi menetukan kebolehkerjaan bancuhan konkrit. Ujian ini sering digunakan di dalam makmal dan di dalam keadaan tertentu, seperti di tapak bina. Ia juga merupakan ujian yang lebih sensitif dan lebih tepat jika dibandingkan dengan ujian penurunan serta sangat sesuai untuk bancuhan konkrit yang mempunyai kebolahkerjaan yang rendah. Walaupon demikian ketepatan keputusan akan berkurangang dengan bertambahnya saiz agregat (saiznya melebihi 20mm).




Peralatan

1. Alat ujian angkadar kepadatan

2. Rod pemadat

3. Sudip besar

4. Penyedok

5. Pelepa

Kaedah kerja

1. Tentukan permukaan dalam alat ujian angkadar kepadatan yang terdiri

daripadadua corong tuang berbentuk kon dan satu silinder adalah

kering dan bersih.

2. Gunankan bancuhan konkrit 1:2:4 dan nisbah air simen 0.6.

3. Dangan menggunakan penyedok, isikan konkrit ke dalam corong tuang

sehingga penuhtampa dipadatkan. Tuangkan konkrit yang berlebihan

dengan melaraskan bahagian atas corong tersebut

4. Bukakan pintu corong supaya semua konkrit jatuh ke dalam silinder

yang di bawahnya.

5. Bukakan pintu corong supaya semua konkrit jatuh ke dalam silinder

yang di bawahnya.

6. Laraskan konkrit yang berlebihan pada permukaan atas silinder

dengan menggunakan pelepa.

7. Bersihkan bahagian luar silinder dan kemudiannya timbang sehingga

10gram terdekat.Berat yang diperolehi dikenali sebagai berat konkrit

separuh padat (Ws).

8. Keluarkan konkrit dari silinder kemudian penuhkannya semula ke

dalam silinder dengan3 lapisan. Setiap lapisan hendaklah dipadatkan

tidak kurang dari 25 kali dengan rod pemadat.

9. Laraskan permukaan dan bersihkan bahagian luar silinder tersebut.

10. Timbang silinder bersama konkrit yang telah dipadatkan sehingga

10gram yang terdakat.Berat ini dikenali sebagai berat konkrit

penuh padat (Wp).



Thursday, May 6, 2010

our class leader....

ni la pic ketua kelas ska 3 s1,yg di pertanggungjwb tok menjaga kebajikan di dlm kelas...hehehe

Wednesday, May 5, 2010

antare pelajar2 s.k.a